Siapakah Saya

Nama penuh saya Mohd Ghaffoor Bin Mohd Sulaiman. Dilahirkan di daerah Semporna pada 12 Jun 1989. Saya mendapat pendidikan awal sudah tentunya dari ibu bapa la... itu pendidikan informal. bagi pendidikan formal, maksudnya sekolah yg betul2 sudah...di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tuhok, Semporna. Sekolah ni dekat ja dari rumahku. Saya bersekolah disekolah ni kerana mak ku mengajar disekolah ni.. MAu tak mau..kena ikut cakap mak..Almaklumlah..SYURGA KAN DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Sewaktu bersekolah di sekolah rendah ni..huhuhu..mmg best..sbb aku adalah antara yg murid yg disegani kerana ....apa lg...atas tiket mak mengajar d situ...time sekolah rendah ni..aku mmg banyak main punya...tp..stdy...tetap berjalan dengan lancar..walau akhirnya mendapat keputusan UPSR yg kurang cemerlang..tp boleh la...

Selepas tamat pembelajaran di sekolah rendah, saya menyambung semula persekolahan di Sekolah Menangah Kebangsaan Bugaya, Semporna (SMKBS) tapi 2 minggu ja la..sebab sya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Tun Sakaran, Semporna (SMKATS). Sewaktu berasa di SMKATS ni..huuuu.mmg mencabar diri ini memandangkn itulah 1st time aku berjauhan dengan keluarga tercinta..walaupun ia masih juga di Semporna,..tapi...kira jauh juga la. Jodoh saya di sekolah ni ndak panjang sebab saya terpaksa berpindah ke sekolah lama iaitu SMKBS atas beberapa sebab yg tidak dapat diungkapkan disini..NAmun. pengalaman berada di SMKATS selama 2 tahun mengajar banyak perkara dan mematangkan minda saya.

Di SMKBS ni pula...hhuuuu....di sinilah sya mengambil peperiksaan SPM dan STPM..huhuu...kenangan time SPM kurang...tp yg banyak time STPM... TIme STPM..saya di lantik menjadi KETUA PELAJAR merangkap KETUA PENGAWAS. sya jadi ketua ni cuma sewaktu TIngkatan 6 Rendah ja... sbb sewaktu 6 Atas..sya letak jawatan kerna mau fokus kepada STPM yg bakal menjelang. itu yg pertama.. yg kedua pula...saya letak jawatan kerna bagi sya xda rasionalnya saya menjadi ketua..
huuuu.....

Tamat pendidikan awal di sekolah menengah, saya akhirnya berjaya maju selangkah lagi iaitu berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yg mana ia merupakan cita-cita dan impian semua pelajar. sya amat bersyukur sangat kerna diberikan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat yg lebih tinggi ni.Universiti Malaysia Sabah (UMS), itulah universiti bertuah yg menerima saya. sewaktu mula2 berada di universiti ni..punya banyak dugaan. Dugaan dari segi pembelajaran, sosial dan mcm2 lagilah... namun..semua tu adalah lumrah dalam kehidupan..dan kini. saya berada di semester ke3 sudah di UMS ni..insyallah..sedikit masa lagi...akan graduate... harap2 saya berjaya mendapatkan segulung ijazah...yang pastinya akan membantu saya dalam mendapat kehidupan yang lebih sempurna dari sebelum ini....

sampai disini saja coretan saya..nanti ada apa2 lagi..saya akan menulis kembali..
bye....ermmmuuuahhh


8hb April 2011

hihiihii...kini ku berada di semester ke4 pengajianku di Universiti Malaysia Sabah....best tapi menyeksakan....subjek semakin susah dan asignmnt pula makin bertambah....terdapat beberapa subjek yg ku kira..memeningkan kepala.....
Development Economic 1
Macroeconomic II
Research Method
Agriculture and Resources Economics
Academic Reading and Writing (English Level 4)

Guru-guru masa sekolah dulu pernah cakap...belajar di U ni best dan senang...klu part best tu aku sangat se7....tapi klu part SENANG tu..susah sikit aku mau terima...mana ada senang belajar di u ni..tapi kan....ada betulnya juga kata cikgu tu...senang susah tu bergantung dengan diri kita sebagai pelajar..klu mau susah..susahlah jadinya..klu mau senang..senang jugalah jadinya.....
x sabar rasanya menggenggam segulung ijazah untuk ku hadiahkan kepada Mak dan Bapaku....love u my mother and father...my life only for U....i don't care about the others...coz...i only care about u....


Alhamdulillah...pada 20 Oktober 2012  yang lalu..saya telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah dengan jayanya dan kini menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian...


..

Visiter Of My Blog