Khamis, 14 Mac 2013

Rumpai laut


Jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yang ada dalam gambar... tidak ada pun jenis rumpai laut gred 2A, 3A dan 4A..seperti yang hangat diperkatakan.. Gred yang terhasil tu adalah ciptaan entah siapa...yang bertujuan untuk melariskan jualan mereka...yang pasti..bukan dari Semporna ya..hehehe...ok..sambung cerita rumpai laut.Rumpai laut adalah merupakan makanan bangsa BAJAU DAN SULUK di Sabah terutamanya dibahagian Semporna, Lahad Datu, dan Kunak.. tidak pernah ada pun jenis Gred 2A, 3A dan 4A..yang ada hanyalah RUMPAI LAUT KERING yang mana hasil pengeringannya menghasilkan 3 jenis warna (Bukan 3 Jenis Gred ya…harus diingat). Warna yang terhasil ialah Putih, Ungu/Merah dan Hijau..
Rumpai Laut Kering warna Putih adalah melalui KAEDAH STIM yang mana rumpai laut dari pelbagai jenis diSTIMkan… UNgu/Merah pula terhasil melalui kaedah pengeringan secara Penjemuran Gantung yang mana dari pengunaan rumpai laut jenis Coklat. Perubahan warna dari COklat kepada Ungu/Merah bukan melalui pencelupan warna..tetapi ianya perubahan semulajadi hasil gabungan cahaya matahari dan angin. Hijau Pula dari rumpai laut hijau yang mana sukar untuk mendapatkan benih rumpai jenis ini. Kaedah pengeringan sama seperti penghasilan ungu/merah.
Persoalan pelanggan..
1.     Kenapa UNgu/Merah dan Hijau lebih bergaram..
Ianya disebabkan kaedah pemprosesan berbeza yang mana untuk ungu dan hijau.. ia lebih terdedah kepada cahaya matahari yang menyebabkan air laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan menjadi garam halus..
2.     Kenapa Ungu/Merah lebih berbau hanyir berbanding putih?

Ianya juga disebabkan oleh kaedah pemprosesan. Putih diStimkan menyebabkan kulit luaran rumpai laut terkupas (tak tau apa bahasa yang sesuai /.. Fail BM)  Ungu pula…dikeringkan/digantung dan menyebabkan kulit rumpai laut yang belum dicuci (Tuai – Timbang – Gantung/Jemur) kaedah ini menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai laut dan menyebabkan bau hanyir lebih pada UNGu/Merah…
3.      Bagaimana untuk mengetahui kualiti rumpai laut kering ???
Ambil dalam 10 batang rumpai laut..kemudian Tarik..jika ia mudah putih..anda faham sudah maksud saya..
Selain itu, rumpai laut yang berkualiti adalah rumpai laut yang diambil terus dari ladang dan dijual terus kepada pelanggan… Bukannya rumpai laut yang dikeringkan di bawah kolong rumah ataupun paking kereta..dan saya 100 tidak melakukan perkara sedemikian..
4.     Kenapa saya makan rumpai laut tak pandai kenyang..???
Itu masalah perut anda..bukan masalah RUmpai laut…

Hehhee 100% hasil karya MOhd Ghaffoor B. MOhd Sulaiman..Sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali..dan tidak ada ke HALAL an pada tindakan anda…

Rabu, 23 Januari 2013

coretan malam

proses pembuatan rumpai laut...adalah 100% tanpa penggunaan sebarang warna..Perubahan warna adalah terjadi secara semulajadi...jgn ditanya mcm mana..ia kuasaNYA.









Kepada pelanggan yang berminat gunakan gambar yang saya upload dalam fb ni..adalah dibolehkan..tp tolong beritahu saya dahulu...takut nanti klu sya x iklas atas tindakan anda..nanti rezeki jd x elok pula...sekian terima kasih

Ladang at Kg. Gelam-Gelam Semporna.












Khamis, 13 Disember 2012

khasiat rumpai laut



Khasiat Rumpai Laut (Seaweed)
  • Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Merawat Anemia.
  • Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
  • Menberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme.
  • Memulihara usus kecil (sembelit).

Selasa, 11 Disember 2012

resepi rumpai laut



 Resepi Nasi Rumpai Laut

Bahan-bahan
4 cawan Beras panjang
4 cawan air
3 ulas bawang putih dihiris
5 keping rumpai laut
4 sudu besar minyak sapi
Sedikit garam

Cara menyediakannya:
1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan beras dan tanak sehingga masak.
4. Setelah nasi masak, sejukkan.
5. Ambil satu keping rumpai laut, letakkan sedikit nasi diatasnya. Gulung kemas dan hidangkan mengikut kreativiti anda.

Visiter Of My Blog