Bahan-bahan
4 cawan Beras panjang
4 cawan air
3 ulas bawang putih dihiris
5 keping rumpai laut
4 sudu besar minyak sapi
Sedikit garam
Cara menyediakannya:
1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan beras dan tanak sehingga masak.
4. Setelah nasi masak, sejukkan.
5. Ambil satu keping rumpai laut, letakkan sedikit nasi diatasnya. Gulung kemas dan hidangkan mengikut kreativiti anda.
up Rumpai Laut
Rumpai laut atau nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.
BAHAN-BAHAN
air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
- masukkan sedikit halia.
- masukkan isi ayam
- bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
- Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
- bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
- Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...
- (saya tak guna daun sup hari tu)....abis stok...
Resepi : Kerabu Rumpai Laut bersama Mangga
Bahan-bahan:1) Semangkuk rumpai laut (yang telah direndam selama 6 jam)2) 2 biji mangga muda (disagat)3) 2 biji perahan lemon (buang bijinya)4) 4-5 ulas bawang kecil (dipotong dadu)5) 10 biji cili api (potong kecil,nak lagi pedas tumbuk sikit,boleh tambah jika suka pedas,kurangkan kalau tak tahan pedas)6) Segenggam kecil udang kering (cik iza goreng tanpa minyak n tumbuk pecah2 utk naikkan rase,boleh digantikan dengan ikan bilis/kiub ikan bilis,masuk dua2 sekali pn boleh)7) 3 sudu besar gula8) 1/2 sudu kecil garamCara Penyediaan:Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga rata, dan siap di hidang!
taw x kat mana da jual rumpai laut dalam bentuk keping
BalasPadam