Khamis, 14 Mac 2013

Rumpai laut


Jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yang ada dalam gambar... tidak ada pun jenis rumpai laut gred 2A, 3A dan 4A..seperti yang hangat diperkatakan.. Gred yang terhasil tu adalah ciptaan entah siapa...yang bertujuan untuk melariskan jualan mereka...yang pasti..bukan dari Semporna ya..hehehe...ok..sambung cerita rumpai laut.Rumpai laut adalah merupakan makanan bangsa BAJAU DAN SULUK di Sabah terutamanya dibahagian Semporna, Lahad Datu, dan Kunak.. tidak pernah ada pun jenis Gred 2A, 3A dan 4A..yang ada hanyalah RUMPAI LAUT KERING yang mana hasil pengeringannya menghasilkan 3 jenis warna (Bukan 3 Jenis Gred ya…harus diingat). Warna yang terhasil ialah Putih, Ungu/Merah dan Hijau..
Rumpai Laut Kering warna Putih adalah melalui KAEDAH STIM yang mana rumpai laut dari pelbagai jenis diSTIMkan… UNgu/Merah pula terhasil melalui kaedah pengeringan secara Penjemuran Gantung yang mana dari pengunaan rumpai laut jenis Coklat. Perubahan warna dari COklat kepada Ungu/Merah bukan melalui pencelupan warna..tetapi ianya perubahan semulajadi hasil gabungan cahaya matahari dan angin. Hijau Pula dari rumpai laut hijau yang mana sukar untuk mendapatkan benih rumpai jenis ini. Kaedah pengeringan sama seperti penghasilan ungu/merah.
Persoalan pelanggan..
1.     Kenapa UNgu/Merah dan Hijau lebih bergaram..
Ianya disebabkan kaedah pemprosesan berbeza yang mana untuk ungu dan hijau.. ia lebih terdedah kepada cahaya matahari yang menyebabkan air laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan menjadi garam halus..
2.     Kenapa Ungu/Merah lebih berbau hanyir berbanding putih?

Ianya juga disebabkan oleh kaedah pemprosesan. Putih diStimkan menyebabkan kulit luaran rumpai laut terkupas (tak tau apa bahasa yang sesuai /.. Fail BM)  Ungu pula…dikeringkan/digantung dan menyebabkan kulit rumpai laut yang belum dicuci (Tuai – Timbang – Gantung/Jemur) kaedah ini menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai laut dan menyebabkan bau hanyir lebih pada UNGu/Merah…
3.      Bagaimana untuk mengetahui kualiti rumpai laut kering ???
Ambil dalam 10 batang rumpai laut..kemudian Tarik..jika ia mudah putih..anda faham sudah maksud saya..
Selain itu, rumpai laut yang berkualiti adalah rumpai laut yang diambil terus dari ladang dan dijual terus kepada pelanggan… Bukannya rumpai laut yang dikeringkan di bawah kolong rumah ataupun paking kereta..dan saya 100 tidak melakukan perkara sedemikian..
4.     Kenapa saya makan rumpai laut tak pandai kenyang..???
Itu masalah perut anda..bukan masalah RUmpai laut…

Hehhee 100% hasil karya MOhd Ghaffoor B. MOhd Sulaiman..Sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali..dan tidak ada ke HALAL an pada tindakan anda…

..

Visiter Of My Blog