Jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yang ada dalam
gambar... tidak ada pun jenis rumpai laut gred 2A, 3A dan 4A..seperti yang
hangat diperkatakan.. Gred yang terhasil tu adalah ciptaan entah siapa...yang
bertujuan untuk melariskan jualan mereka...yang pasti..bukan dari Semporna
ya..hehehe...ok..sambung cerita rumpai laut.Rumpai laut adalah merupakan
makanan bangsa BAJAU DAN SULUK di Sabah terutamanya dibahagian Semporna, Lahad
Datu, dan Kunak.. tidak pernah ada pun jenis Gred 2A, 3A dan 4A..yang ada
hanyalah RUMPAI LAUT KERING yang mana hasil pengeringannya menghasilkan 3 jenis
warna (Bukan 3 Jenis Gred ya…harus diingat). Warna yang terhasil ialah Putih,
Ungu/Merah dan Hijau..
Rumpai Laut Kering warna Putih adalah melalui KAEDAH STIM yang mana rumpai laut dari pelbagai jenis diSTIMkan… UNgu/Merah pula terhasil melalui kaedah pengeringan secara Penjemuran Gantung yang mana dari pengunaan rumpai laut jenis Coklat. Perubahan warna dari COklat kepada Ungu/Merah bukan melalui pencelupan warna..tetapi ianya perubahan semulajadi hasil gabungan cahaya matahari dan angin. Hijau Pula dari rumpai laut hijau yang mana sukar untuk mendapatkan benih rumpai jenis ini. Kaedah pengeringan sama seperti penghasilan ungu/merah.

Persoalan pelanggan..
1.
Kenapa UNgu/Merah dan Hijau lebih bergaram..
Ianya disebabkan kaedah pemprosesan berbeza yang mana untuk
ungu dan hijau.. ia lebih terdedah kepada cahaya matahari yang menyebabkan air
laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan menjadi garam halus..
2.
Kenapa Ungu/Merah lebih berbau hanyir berbanding
putih?
Ianya juga disebabkan oleh kaedah pemprosesan. Putih diStimkan
menyebabkan kulit luaran rumpai laut terkupas (tak tau apa bahasa yang sesuai
/.. Fail BM) Ungu pula…dikeringkan/digantung
dan menyebabkan kulit rumpai laut yang belum dicuci (Tuai – Timbang – Gantung/Jemur)
kaedah ini menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai
laut dan menyebabkan bau hanyir lebih pada UNGu/Merah…
3.
Bagaimana
untuk mengetahui kualiti rumpai laut kering ???
Ambil dalam 10 batang rumpai laut..kemudian Tarik..jika ia
mudah putih..anda faham sudah maksud saya..
Selain itu, rumpai laut yang berkualiti adalah rumpai laut
yang diambil terus dari ladang dan dijual terus kepada pelanggan… Bukannya
rumpai laut yang dikeringkan di bawah kolong rumah ataupun paking kereta..dan
saya 100 tidak melakukan perkara sedemikian..
4.
Kenapa saya makan rumpai laut tak pandai
kenyang..???
Itu masalah perut anda..bukan masalah RUmpai laut…
Hehhee 100% hasil karya MOhd Ghaffoor B. MOhd
Sulaiman..Sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama
sekali..dan tidak ada ke HALAL an pada tindakan anda…